Pertandingan Piala Dunia FIFA 1986

Udara nipis dan cuaca panas membuatkan pasukan dari Amerika Selatan, seperti Brazil, lebih diunggulkan. Brazil diletakkan sebagai pasukan pilihan dengan bintang seperti Zico, Eder, Falcao, Socrates, dan Carlos.

Wakil Eropah pula diketuai juara Piala Eropah 1984, Perancis. Les Bleus yang diperkuat Michel Platini, Alain Giresse, Jean Tigana, dan Louis Fernandez dianggap sebagai pasukan dengan pemain tengah yang paling ampuh.

Walaupun sekadar muncul naib juara kumpulan dibelakang Soviet Union pada peringkat kumpulan, Perancis menyingkirkan juara bertahan Itali 2-0 di pusingan kedua. Bahkan pada suku akhir di Guadalajara, Perancis mampu menyingkirkan Brazil menerusi penentuan sepakan penalti setelah perlawanan sebenar tamat dengan 1-1. Walaupun Platini gagal menyempurnakan penalti, penjaga gol Perancis Joel Bats mampu menghalang tendangan Socrates dan Julio Cesar, Perancis menang 4-3 untuk mara ke separuh akhir.

Pada separuh akhir, seperti di Sepanyol empat tahun sebelumnya, Perancis menyerah kalah kepada Jerman Barat, dengan jaringan 0-2.

Bintang Mexico 1986 adalah Maradona. Pada peringkat kumpulan, Argentina menumpaskan Korea Selatan 3-1, Itali 1-1, dan Bulgaria 2-0. Pada pusingan kedua, mereka mengalahkan Uruguay.

Pada suku akhir Maradona, secara sendirian membenam The Three Lions 2-1 menerusi dua golnya, termasuk satu gol kontroversi yang dikenali dengan "gol tangan Tuhan".

Setelah menundukkan Belgium 2-0 pada separuh akhir, Argentina menghadapi Jerman Barat untuk penentuan juara.

Akhir

Perlawanan akhir berlangsung di antara Argentina di bawah kendalian Carlos Bilardo dan Jerman di bawah kendalian 'Die Kaizer' Franz Beckenbauer pada 29 Julai 1986 di Stadium Azteca.

Menjelang final, Beckenbauer menugaskan Lothar Matthaeus untuk menghalangi gerakan Maradona. Walaupun tidak menjaringkan gol, dari kaki Maradonalah tiga gol Argentina tercipta.

Pertahanan Argentina, James Brown, menjaringkan gol pertama memanfaatkan kesalahan penjaga gol Jerman, Harald Shumacher. Pada minit ke-55, Jorge Valdano menambah keunggulan Argentina.

Pasukan Panser sempat bangkit. Karl-Heinz Rummenigge dan Rudi Voller menjaringkan gol pada minit ke-74 dan 80. Kedudukan menjadi 2-2. Tapi hasil umpanan Maradona, Jorge Burruchaga mampu menjaringkan gol tujuh minit sebelum perlawanan tamat. Argentina menang 3-2 dan membawa trofi juara untuk kali kedua.

Rujukan

WikiPedia: Piala Dunia FIFA 1986 http://www.fifa.com/mm/document/afdeveloping/techn... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/aw... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re...